Categories
Uncategorized

Part 10 : Misi , Visi dan Objektif Carlo Moto

Visi : Menjadi jenama yang tersohor dan pilihan nombor #1 di Malaysia dan Asia Tenggara Dalam industri Design Interior dan Pembuatan Kusyen Motor/Kereta .

Misi : Menghasilkan design-design yang unik dan tersendiri memenuhi impian setiap bikers. Mereka bentuk ( custom ) kusyen motor bagi memenuhi keselesaan rider secara spesifik. Membuka peluang latihan dan peluang perkerjaan kepada anak muda yang kreatif untuk bersama dalam industri.

Objektif : Menyantuni kehendak pelanggan yang ingin mendapatkan service daripda designer kami

2. Memberikan plihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan design impian mereka dengan menyediakan pelbagai pilihan material, bahan dan accessorry yang terkini.

3. Memberikan khidmat runding sebelum dan selepas jualan.

4. Mencipta dan menghasilkan lebih banyak produk dan accessori yg diperlukan oleh rider agar superbike mereka kelihatan lebih garang dan memenuhi citarasa rider.

Moto : Ride Your Style

Categories
Uncategorized

Part 9 : Setahun melalui PKP 2.0 dan P.K.P 3.0

Secara asasnya semua bisness melalui fasa2 tertentu… trust the process.. Waktu kerajaan arahkan Total lockdown , kami masih beroperasi seperti biasa cuma kami buat secara minimalist dan menerima order yang booking balut seat motor sahaja. Mereka boleh drop seat motor di pintu rahsia… masa tu kami pon takut jumpa orang.. Covid tengah menggila kan..

Ada bulan yang kami sendiri tidak dapat cover overhead cost kami sehingga kena top up dengan personal income. Ada juga bulan yang hanya breakaven aje..ngam2 lepas bayar overhead cost. Overhead cost aje dah mencanak.. Belum lagi big boy supplier naik harga material setahun 2x..

Antara kak Long dgn Abg Eddie , kami mempunya pemikiran yg sgt berbeza, iaitu melengkap kami. Di kala kak Long ingin buat u- turn , Abg Eddie akan bg semangat utk teruskan.. dia selalu ingatkan kami Misi, Visi dan objektif penubuhan Carlo Moto Malaysia. Yes… meh Kak long share next entry.

p/s : Ini Kalendar 2022… Tahniah Carlo Moto Malaysia ( Y).. Jom singgah….Free Kalendar… limited…dapatkan segera..

Categories
Uncategorized

Part 8 : Baru jumpa password

Salam, maaf lama Kak Long Carlo tak update blog Carlo Motot, Bikers seat motor sbb agak busy dengan rutin harian… Tiber2 teringat blog..pasword pon dah lupa..

Last tulis, bulan 8 2020… Hari ini 7 dec 2021.,, Kami telah menyambut ulang tahun pertama Carlo moto dengan team2 yang hebat, yg jujur, yg ikhlas dalam perjuangan kami… berbagai pengalaman yang kami lalui..apabila kita terkena PKP 2.0 dan PKP 3.0..

Ni baru nak lega… denngar ada Omnicorn pula… hope kerajaan dpt saring pengembara yang baru balik daripada Afrika suka tidak membolosi pintu sempadan negara…

ya, kita kena berdamai dengan covid… Tapi juga varian2 mutasi muncul,,, kena berperang balik… sentiasa bersedia for the worst..sentiasa aler dan sentiasa berada di paksi 20 rules Carlo Moto.

2021 punya design seat motor dah upgrade sulam . Sulam seat motor ini memang khas kami sediakan untk geng2 biker yang support Carlo Moto.

ini versys 650 by Carlo Moto Designer

Categories
Uncategorized

Part 7 : Carlo Moto Bermula

PART 7 – Kisah Bermulanya Carlo Moto

Lama pula Kaklong tak sambung kisah part 7…maklumlah sibuk renovation kedai @ Butik Carlo Moto…. Kedai Seat Motor di lokasi Cheras, Kuala Lumpur.
..

Bersambung from part 6 , selepas Abg Eddie Lan buat keputusan untuk perjuangan ini iaitu perjuangan Bussiness dalam design seat motor cover fabrics, Langkah pertama, beliau telah mereka logo untuk branding Bikers Seat motor.
.
.

Kenapa Abang tukar Bikers Seat Cover kepada CARLO Motor…?

Abang Eddie memulakan bicara..

Sebenarnya, abang buat rebranding..sebenarnya masih lagi Bikers Seat Cover..Abang baru nak buat branding… Bikers seat cover adalah satu kata nama..

Sebelum ini abang x de jenama.. Bikers seat cover adalah sejenis produk..Abang bubuh NAMA kepada CARLO MOTO Adalah Nama kepada produk itu ( Bikers Seat Cover )

Why Carlo…?

Sebenarnya abang..abang piker seketika nak bg nama..mcm2 abang tulis…

So, at the end.. Mulanya. Eddie Motor.. ( Eddie nama abang zaman dulu2…Moto dlm bahasa latin, maksidnya motorsikal )

Latin dgn org Malaysia..sebut sama.,.Moto… Kalau kat US..Mereka sebut Moto adalah enjin..utk motor mereka sebut motorcycle.

Org latin panggil moto sama dgn kita, motor.

Kenapa abang tak pilih Eddie..? Sebabnya..?
.
.
Kaklong ko tak suka sgt nama tu… Dulo2 abam rambut panjang..nama muda2…..opsss….
.
..
CARLO MOTO sebab buat logo..nampak Cun…

Pastu in future , kami mensasarkan untuk buat seat CAR ( kereta ) dan juga custom Perabot2 ala2 Dato Aliff syukri…. Sekarang pon kami ada yg nak tempah sofa… Abang Eddie boleh je buat…Masuk dlm Q production ya..

http://www.wasap.my/60162150072/carlo

Categories
Uncategorized

Part 6 : Carlo Moto bermula

PART 6
KENAPA CARLO MOTOR MUNCUL PADA MUSIM PKP INI…?
Walaupun Abang Eddie Lan dah berhenti buat seat motor cover /sarung kusyen motor di Cheras ini, dah dekat selama 3 tahun terberhenti sekejap perniagaan ini..…


Abang Eddie Masih mendapat dan kerap dapat pertanyaaan utk design seat motor..
Yg baru2 follow page Abang, still keep on Tanya utk tempah design sarung motor.
Abang Eddie masa TTS ( Teh Tarik session ) ada sampaikan keinginan nak berkarya di atas seat cover… kawan2 pon support utk buat balik perniagaan ini….Apa pon piker punya piker..abang masih makan gaji…..Abang nak bagi give a try utk buat business ini secara serious dan professional….
Abang nak cabar diri untuk menjadi usahawan yg membantu ramai org menyelesaikan masalah geng motor yg berjiwa seni lagi ada citarasa…..bantu orang tukar seat baru yg style sbb seat lama dah koyak..basah seluar sbb span serap air hujan….

Wartawan pon Tanya lagi kepada Abang Eddie Lan….


Kenapa pilih time PKP ini.? Patut duduk diam2 …Sebenarnya dah lama nak kembangkan business ini lebih serius, TETAPI belum ada kekuatan. Jadi, di waktu PKP in, Tiba2 kekuatan ini datang…..MASYAALLAH….ENERGY Nak buat seat motor meningkat terus…


Abang tak nak..sia2 semangat yg datang secara tiba2.. tak kira PKP ke tak PKP… sebelum dia pudar balik buat kali kedua.. Abang nak berjuang dgn ambik kesempatan dgn semangat yg membara ini.. pada abang, abang tak nak jadikan PKP ini sebagai alasan..

Nak tahu tak sbb apa.. sebab ? abang dah Nampak..
Kenapa ada manusia, yg Berjaya dan ada manusia yg tidak Berjaya dlm huidup ??
Org yg tak Berjaya selalunya sebab ALASAN tidak kira kecil, besar, susah, senang..semuanya bermula dari alasan.

Walaupun PKP ini adalah sesuatu alasan yg paling mudah dijadiikan utk ALASAN pada masa ini.. Abang Eddie Lan memlih untuk TIDAK ADA ALASAN…
Maka,…Apa langkah seterusnya…
tunggu ni Part 7
#designseatmotor#seatmotor#kusyenmotor#repairseatmotor

Categories
Uncategorized

8 Jam Perjalanan untuk mencapai impian

8 JAM atas JALAN Pergi Balik, HANYA SATU TUJUAN….
DREAM COEM TRUE….Apakah passion anda sehingga sanggup merentas lautan api demi mencapai cinta anda…
Bukan Kaleng2..sungguh kental..Bikers Carlo Motor.
Abang Eddie nak share ,
Pada satu hari yg hening, abang Eddie dpt whatsup seorg bikers nak buat custome cover seat motor.
Dia dah discuss design dan make appointmen Hari sabtu .
Bro ini sampai on time dan abg Eddie terus buat mejalankan aktiviti design cover seat motor untuk bike kesayangan client ini.
Dah siap2, abang Eddie pon tanya,, Datang dari mana..? rumah dekat2 sini ke?
Dia jawab, saya datang dari Alor Star.. Saya gerak dari pagi tadi.
Ohh…Abang Eddie pon bertanya lagi..
Petang ini pergi mana? ada tido rumah sedara mara area KL ke ?
Dia cakap, x de lah bang, saya siap ni terus balik Alor Star.. Ini dah beli spotlight utk perjalanan nanti kalau dah malam.
Allahuakbar… Datang KL ini semata2 nak dapatkan design seat motor abang ?
Ya abang, mmg minat sgt2 ni.. Design cun. ngam dgn motor saya..
Terima kasih Abang Eddie Lan….Abang masih berdiri di tepi stapler gun selama beberapa seketika kerana terkesima dengan kentalnya client abang yg sorang

ini….

Ini adalah salah satu cerita menarik sepanjang abang menerima tempahan design set motor/sarung motor/seat cover/kusyem motor… Masa tu abang beroperasi di Cheras, Selangor… Bukan Cheras KL ya..Cheras ini besar..Kalau nak custome seat motor, memang kawasan ini semua cari Abang Eddie Lan… Design kami custom khas untuk motor anda… Impian Anda Abang Eddie realisasiakan… Masterpiece seat motor.. Desgner set Motor Malaysia.

#carlomotostory#clientcarlomotor#seatmotor#seatcovermalaysia

Categories
Uncategorized

Part 5 : Kisah Carlo Motor Bermula

Part 5 : Kisah Carlo Motor Bermula
Abang Eddie Lan terus menerima tempahan seat motor sehingga tahun 2017 , Abang Eddie Lan menerima tawaran di sebuah Syarikat Arkitek di Wangsa Maju untuk projek Hospital di Sabah..
Abang Eddie Lan terpaksa menutup perniagaan Bikers Seat Motor beliau kerana kesuntukkan masa menyiapkan dateline2 project..Sepanjang 3 tahun tersebut, client-client Abang Eddie Lan still datang kepada abang untuk menempah design2 masterpiece seat motor Bikers Seat Cover ,namun ada sebahagian terpaksa ditolak kerana kekangan masa dan tuntutan kerja. ..Apa perasaan anda, design dah fall in love.. tapi designer dan tutup kedai…?.Rasa nak kecam kan…?
Ada yg kecam sebab buat dia tak tido malam termimpikan design tersebut di motorsikal mereka.

.Pastu….?
Bersambung esok ya.. Ada client dah datang buat seat cover jap….- Admin Kak CArlo Motor

Gambar Umrah tahun 2017 Org tersayang..Doa2 Ahli keluarga , Abg Eddie Lan mendapat offer menarik di Syarikat Baru.

Categories
Uncategorized

Part 4 : Kisah Seat Motor by Carlo Motor

Part 4 : Kisah Carlo Motor Bermula

Abang semakin hari semakin banyak menerima tempahan design seat motor/seat cover/sarung kusyen motor.

Bermula dgn 1 tone warna hingga abstrack design..

Batch pertama ; Tukar warna ( 1 colour )

Batch kedua seat motor : garisan lurus dan combine 2 warna

Batch ke-3 : Combine 3 warna seat motor

Batch ke 4 : combine 3 warna seat cover dan garisan geometri

Batch ke 5 : Fine art

semua jenis motorsikal Abang Eddie Lan ambik.. kecik besar , layanan mesra semua group..

Yang pernah jadi client Abg Eddie lan aje tahu betapa mesranya abang Eddie lan.

Categories
Uncategorized

How We Create Design into Reality

Admin Kak Carlo Belanja satu video Seat motor fabrics Lejen by Abg Eddie Lan , Founder Carlo Motor Malaysia.

Jangan lupa tekan butang Subscribe ya..

Nanti kita belanja lg byk Design latest MESRA SOP.

Categories
Uncategorized

Kisah Carlo Moto Seat Designer Part III

Part 3 : Kisah Carlo Motor Bermula

Setelah berjaya pasang Seat Cover berwarna merah…

Geng2 bikers mula minta tolong Abg Eddie Lan utk buatkan seat motor mereka pula.

Disebabkan ketika itu company architecture yg Abg bekerja tengah free..baru abis submition, Abg Eddie bantu geng2 motor yang nak balut seat motor baru..

Ini antara design seat cushion motorsikal yang awal-awal yang abang Eddie Lan buat ketika awal2 dahulu.

Batch pertama ; Tukar warna ( monocolour)

Batch kedua seat motor : garisan lurus dan combine 2 warna

Batch ke-3 : Combine 3 warna seat motor

Batch ke 4 : combine 3 warna seat cover dan garisan geometri

Batch ke 5 : Fine art

Masa itu, Abang Eddie Lan menggunakan watermark ED sahaja.